Ernesto Valverde menjangkakan Antoine Griezmann akan mudah menyesuaikan diri untuk beraksi bersama Lionel Messi dan Luis Suarez apabila digandingkan dalam kesebelasan utama Barcelona.
Pemain baru Barca, Griezmann, melakukan penampilan kedua semalam apabila skuad kendalian Valverde itu menewaskan Vissel Kobe 2-0 di Jepun.
Juara LaLiga itu kini kembali ke Sepanyol untuk bergabung bersama Messi dan Suarez selepas kedua-dua pemain itu melanjutkan tempoh rehat susulan aksi Copa America.
Mereka bakal mencipta gandingan bersama Griezmann buat kali pertama dalam aksi Trofi Joan Gamper menentang Arsenal, Ahad ini dan Valverde percaya percaturan itu tidak akan memberi masalah.
"Pemain yang bagus sentiasa faham perkara dengan mudah," katanya.
"Kami akan menyaksikan bagaimana mereka berganding. Kami meletakkan harapan tinggi agar ia berhasil. Dia bergerak pantas dan mencari ruang dengan baik.
"Dia pemain yang kami perlukan."
Griezmann hadir daripada Atletico Madrid dengan yuran perpindahan EUR120 juta (RM551 juta) bulan ini dan akan membarisi skuad utama yang terbang ke Amerika Syarikat bagi pertemuan dengan Arsenal itu.
Barca kini dalam pembinaan semula selepas musim getir di bawah bimbingan Valverde setelah dimalukan Liverpool dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
Bagaimanapun, Griezmann memberikan pandangan terhadap hasrat di Eropah buat pasukannya sambil dia fokus untuk memenuhi harapan yang diberikan.
"Kami bercakap tentang Liga Juara-Juara kerana kami tidak memenanginya tetapi LaLiga juga satu saingan yang sukar untuk dimenangi," ujar pemenang Piala Dunia 2018 itu.
"Saya telah beraksi dalam LaLiga sejak berusia 18 tahun dan masih belum memenanginya. Ia sangat sukar. Ia tampak mudah kerana Barca menjuarainya setiap tahun walaupun ia memang sukar."