Skip to main content

Bola Sepak

Valverde mahu Xavi jadi jurulatih Barcelona

xavi.jpg
Ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, tidak berasa ragu-ragu terhadap kemampuan Xavi untuk mengambil alih tugas pengendali pasukan itu di Camp Nou pada masa akan datang.

Semalam, Xavi mengesahkan akan bersara pada penghujung musim ini untuk beralih ke bidang kejurulatihan selepas membantu Barca meraih kejuaraan 'treble' musim 2014-15 sebelum menyertai Al Sadd dalam Liga Bintang Qatar.

Pernah dilabel sebagi pemain paling kreatif dalam sejarah bola sepak, Xavi memenangi 19 kejuaraan utama sepanjang 17 tahun bersama Barca, termasuk lapan kejuaraan LaLiga dan empat julangan trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Valverde, yang sedang memburu kejuaraan 'treble' dalam tahun keduanya sebagai jurulatih Barca, meluahkan penghormatannya terhadap legenda pasukan itu dalam sidang media.

"Dia merupakan pemain tengah terbaik sepanjang beberapa tahun lalu.

"Dia beraksi di posisi itu tanpa melakukan sebarang hantaran yang sia-sia.

"Xavi merupakan salah seorang pemain terbilang dalam sejarah bola sepak.

"Amat menakjubkan untuk menyaksikan aksinya di atas padang.

"Sudah pasti, dia memiliki segala-galanya untuk menjadi jurulatih Barca.

"Saya mendoakan kejayaannya, itu sudah pasti," katanya.

Advertisement

Must Watch Video