Ernesto Valverde menjangkakan impak pantas daripada trio bernilai EUR224 juta (RM1.03 bilion) yang terdiri daripada Antoine Griezmann, Frenkie de Jong dan Neto di Barcelona.
Bintang Perancis, Griezmann, menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk oleh juara LaLiga itu Jumaat lalu selepas Barca membayar klausa perlepasan bernilai EUR120 juta (RM554 juta) kepada Atletico Madrid.
De Jong bersetuju untuk ke Camp Nou, Januari lalu menerusi perpindahan bernilai EUR75 juta (RM346 juta) selepas menarik perhatian banyak kelab besar Eropah susulan aksi cemerlang bersama semi finalis Liga Juara-Juara Eropah, Ajax.
Penjaga gol, Neto, ditandatangani bulan lalu dengan nilai EUR29 juta (RM134 juta) serta tambahan EUR9 juta (RM41.6 juta) sambil Jasper Cillessen berhijrah ke Valencia dengan kos keseluruhan EUR35 juta (RM161 juta).
Situasi yang melibatkan kos tinggi itu membuatkan harapan tinggi diletakkan ke bahu mereka, terutama Griezmann dan De Jong sambil pengendali, Valverde, berharap mereka mampu menyinar.
"Mereka adalah tiga pemain penting," ujar pengurus berusia 55 tahun itu.
"Sudah tentu kami mengharapkan sesuatu daripada mereka. Mereka membuatkan peminat gembira dan apa yang kami mahu daripada mereka adalah keseimbangan serta prestasi ke tahap sebenar.
"De Jong di tahap terbaik sejak beberapa tahun lalu sehingga menyumbang kepada seluruh pasukan. Kami harap dia boleh menyuntik kesegaran di bahagian tengah yang pastinya akan membantu kami.
"Kami membina masa depan dan dia mempunyai banyak masa. Dia seorang pemain berkualiti. Corak permainannya juga mirip kami.
"Griezmann adalah pemain yang pantas mengisi ruang, tajam di depan gol dan kami tahu nilai pemain sebegini serta apa yang mampu dia sumbangkan. Kami meletakkan harapan tinggi terhadapnya kerana dia muda tetapi berpengalaman. Ia membuatkan kami mengharapkannya untuk tampil cemerlang.
"Neto juga seorang pemain berpengalaman, kebal mengawal gawang dan kami fikir dia adalah pelengkap sempurna buat Marc-Andre Ter Stegen."
Valverde menerima tekanan untuk Barca mencabar semua kejuaraan tatkala kejayaan menjuarai LaLiga musim lalu dikaburkan dengan kekalahan dalam final Piala Raja Sepanyol di tangan Valencia serta penyingkiran dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah oleh Liverpool.
"Kami mempunyai cabaran, sama seperti tahun lain dan kami sedar perlu memenangi semua kejuaraan dan membuatkan peminat gembira," tambahnya.
"Tiada apa yang boleh Barca lakukan selain cuba memenangi setiap kejohanan yang kami sertai, menang semua perlawanan dan sentiasa percaya dengan cara kami."