CELTA VIGO 2 BARCELONA 0
Ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, percaya Ousmane Dembele mengalami kecederaan koyak otot paha ketika pasukannya tewas 0-2 kepada Celta Vigo dalam aksi LaLiga di Abanca Balaidos, awal pagi tadi.
Pemain berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan hanya selepas enam minit perlawanan bermula dengan kelab itu kemudian mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan paha dan akan menjalani pemeriksaan lanjut, hari ini.
Valverde menjelaskan mengenai tahap kecederaan pemain itu yang memaksanya untuk bersedia merehatkan Dembele menjelang pertemuan dengan Liverpool dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah.
"Mengenai Dembele, ia kelihatan seperti terdapat koyakan.
"Kami menyedari bahawa ada yang tidak kena sebaik dia turun beraksi.
"Ia mendatangkan kebimbangan kerana ia kelihatan seperti koyak otot.
"Ia bukan ketegangan otot kerana pada hari sebelumnya, dia tidak banyak beraksi (ketika menewaskan Liverpool dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Khamis lalu).
"Perkara seperti ini boleh terjadi dan sebagai jurulatih, saya tidak ada sebarang penjelasan," katanya.
Barca akan kan membawa bekalan tiga gol ketika bertandang ke Anfield, awal pagi Rabu ini.