Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, menjangkakan sumbangan besar daripada Lionel Messi dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Manchester United, awal pagi esok.
Pendahulu LaLiga itu akan bertandang ke Old Trafford untuk perlawanan pertama peringkat suku akhir dengan memburu keputusan yang akan terus menyalakan peluang Barca meraih tiga gelaran.
Messi telah menyumbat 22 gol ke atas pasukan Inggeris dalam saingan UCL -- lebih daripada pemain-pemain lain dalam sejarah persaingan itu -- tetapi dia tidak mencetak sebarang gol dalam 11 perlawanan suku akhir yang lalu.
Begitupun, Valverde yakin Messi akan bersedia untuk mencuri perhatian ketika menentang pasukan yang menyaksikannya meledak dua gol dalam perlawanan akhir edisi 2009 dan 2011.
"Messi adalah Messi. Saya faham bahawa semua pengurus dan pemain akan mencari jalan untuk menyekatnya," kata Valverde dalam sidang akhbar, semalam.
"Kami tahu kadang-kadang terdapat cara untuk mengunci pemain, kami akan melihatnya nanti jika ia berkemungkinan. Kami mengharapkan sumbangan daripada Leo dan biasanya dia akan menjelmakannya."
Messi mungkin berdepan tekanan berganda untuk menggalas peranan mengucar-kacirkan pertahanan lawan berikutan masih wujud keraguan mengenai kecergasan Ousmane Dembele yang belum mendapat pelepasan perubatan ekoran kecederaan hamstring yang dideritainya dalam kemenangan ke atas Lyon dalam pusingan 16 lalu.
"Saya tidak tahu, kita akan lihat bagaimana dia berlatih petang ini," kata Valverde ketika ditanya sama ada Dembele sedia untuk diturunkan.
"Lagipun, ia bukan keadaan yang sama seperti Lyon, ini bukan perlawanan timbal balik. Kami perlu sedar bahawa dalam perlawanan terakhir, kami mungkin sedikit mendesaknya (kembali daripada kecederaan).
"Kami akan melihat perkembangannya esok. Kami tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan. Kami tidak tahu apa yang akan dilakukan lawan. Saya berasakan kedua-dua pasukan akan mengekalkan rentak permainan yang sama seperti baru-baru ini."
United bangkit di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer tetapi mengalami tiga kekalahan dalam empat perlawanan terakhir.
Begitupun, Valverde menganggap kemenangan 3-1 United ke atas Paris Saint-Germain (PSG) -- keputusan itu memastikan kemaraan United melalui peraturan gol lawan -- merupakan satu keputusan yang tidak boleh dipandang rendah dan menunjukkan betapa berbahayanya mereka.
"Manchester United adalah sebuah pasukan yang lebih daripada sekadar bergantung kepada situasi bola mati," katanya.
"Kami sedar mereka sangat ampuh dalam aspek itu tetapi mereka merupakan lawan yang telah mendapat kekuatan atas apa yang mereka usahakan.
"Mereka akan turun dengan semangat yang tinggi. Mereka ingin menunjukkan kemampuan dan ingin pergi lebih jauh. Kami perlu berhati-hati dengan situasi bola mati, serangan balas dan impak yang boleh dicetuskan peminat mereka.
"Apabila kami diundi bertemu United, mereka baru sahaja menyingkirkan PSG. Saya fikir ia ia memberi bayangan yang kuat. Kami anggap mereka adalah lawan yang sukar.
"Apa yang saya jangkakan? Apabila United bermain di laman sendiri, mereka akan memberikan tekanan tinggi. Mereka sebuah pasukan yang mantap, mereka mungkin akan melakukannya kerana peminat akan memacu mereka.
"Namun, tidak selalunya anda boleh berikan tekanan tinggi. Anda perlu mencari kaedah lain."