Juara LaLiga, Barcelona, tidak akan kehilangan motivasi ketika berdepan Celta Vigo, awal pagi esok, kata pengendalinya, Ernesto Valverde.
Barca meraih kejuaraan liga kedua berturut-turut selepas menewaskan Levante 1-0 hujung minggu lalu selain turut menumbangkan Liverpool 3-0 dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Camp Nou, kelmarin.
Skuad kendalian Valverde itu akan berkunjung ke Anfield, Rabu ini bagi aksi timbal balik, tiga hari selepas menentang Celta, yang hanya berkelebihan dua mata daripada zon penyingkiran.
Dengan kejuaraan liga sudah berada dalam dakapan mereka, Valverde mengesahkan akan merombak sebahagian besar pasukannya, namun menegaskan ia tidak akan menjejaskan motivasi Barca.
"Kami bersedia untuk perlawanan itu seperti perlawanan-perlawanan lain dengan berniat untuk mendapatkan tiga mata," katanya dalam sidang media.
"Kami akan turun ke perlawanan itu dengan usaha keras yang dilakukan sepanjang tiga minggu lalu dan kami akan melakukan perubahan kerana ia perlu.
"Terdapat perubahan yang akan dilakukan dan pasukan ini akan tetap bermotivasi, itu jaminan saya.
"Kami memperoleh keputusan yang baik dalam separuh akhir pertama, namun perlawanan itu masih belum berakhir.
"Kami sedar akan kemampuan Liverpool walaupun masih ada masa untuk memikirkan tentang perlawanan itu.
"Saya sedar perlawanan itu akan berlangsung sukar, namun anda perlu fokus terhadap perlawanan menentang Celta," katanya.
Walaupun mengakui dia akan memanfaatkan kesempatan itu untuk melakukan penggiliran pemain, Valverde menolak andaian bahawa perubahan itu dilakukan demi perlawanan menentang Liverpool, yang akan berdepan Newcastle United sebagai perlawanan penting bagi perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, awal pagi esok.
"Kedua-dua pasukan mempunyai perlawanan hujung minggu ini.
"Mereka sedang berjuang merebut kejuaraan liga tetapi kami sudah memenanginya.
"Ketika kami berdepan mereka di Camp Nou, mereka memiliki lebih sehari waktu rehat berbanding kami.
"Saya tidak berasakan ia faktor penting.
"Ia mungkin sedikit kelebihan buat kami, namun ia bukan perkara besar," tambahnya.