Skip to main content

Bola Sepak

Valverde: Barca hampiri gelaran LaLiga

barca.jpg
BARCELONA 2 ATLETICO 0

Ernesto Valverde mengakui Barcelona semakin hampir untuk menjuarai LaLiga selepas menewaskan penghuni tangga kedua, Atletico Madrid, 2-0 di Nou Camp, semalam.


Luis Suarez dan Lionel Messi menjaringkan gol dalam lima minit terakhir permainan, dengan Barcelona menggunakan peluang menerusi kelebihan pemain selepas Diego Costa diarah keluar padang.

Atletico memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang mereka untuk merampas gelaran LaLiga tetapi kekalahan itu menyaksikan mereka ketinggalan 11 mata ketika saingan berbaki tujuh perlawanan.

Ketua jurulatih, Valverde, mula berasakan Barca semakin menghampiri sasaran untuk mempertahankan kejuaraan.

"Ia merupakan tiga mata penting," katanya. "Kami semakin hampir untuk menjuarai LaLiga.

"Kami sangat gembira kerana lawan kami penghuni tangga kedua liga dan kelab yang masih bersaing untuk mengatasi kami."

Valverde turut memberikan pujian kepada Suarez selepas menjaringkan gol ketujuh dalam sembilan perlawanan, prestasi mantap yang dipamerkan oleh pemain itu selepas mengharungi saat sukar.

"Suarez sentiasa menghadirkan keputusan untuk Barca. Dia sentiasa menghadirkan masalah untuk pasukan lawan," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video