Rayo Vallecano dan Huesca sah tersingkir daripada LaLiga.
Penyingkiran Huesca menerusi musim pertamanya dalam liga divisyen utama Sepanyol itu disahkan sebaik tewas 6-2 kepada Valencia di Stadium El Alcoraz, awal pagi tadi.
Kemenangan Valencia itu turut menghidupkan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan hanya ketinggalan tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat, Getafe.
Penyingkiran Vallecano pula disahkan sebaik Real Valladolid menewaskan Athletic Bilbao 1-0 di Stadium Municipal Jose Zorrilla.
Skuad Los Franjirrojos itu tewas 1-4 kepada Levante, kelmarin dan nasib mereka semakin meruncing sebaik Celta Vigo menundukkan Barcelona 2-0, sehari selepas itu.
Barisan bimbingan Paco Jemez itu menghidupkan peluang ketika menewaskan Real Madrid 1-0, 28 April lalu, namun ia sudah terlambat.
Girona, yang tewas 0-2 kepada Getafe di Coliseum Alfonso Perez, masih belum keluar daripada zon penyingkiran, namun hanya ketinggalan satu mata di belakang Valladolid.