Atletico Madrid dilaporkan cuba membatalkan hasrat memancing Conor Gallagher, demikian menurut Pengarah Sukan Valencia, Miguel Angel Corona.
Gallagher dijangka melengkapkan perpindahan keluarnya daripada Chelsea tidak lama lagi, secara tidak langsung menamatkan tempoh 16 bulannya di Stamford Bridge.
Bagaimanapun, Corona mendedahkan bahawa usaha Atletico untuk mendapatkan pemain antarabangsa England itu hampir dihentikan dan percaya faktor perpindahan pemain tengah Valencia, Javi Guerra, sebagai bayangannya.
“Satu perjanjian sudah dicapai di antara kami pada hujung minggu lalu, apatah lagi ia melibatkan presiden Valencia dan pemegang saham Atletico Madrid,” jelas Corona.
“Dan pada Isnin segala dokumen dipersiapkan, selari dengan pemain dan perjanjiannya hampir disahkan.
“Tetapi pada Rabu pula, disebabkan kelewatan Atletico memulangkan dokumen dan berhubung beberapa komen yang dibuat, jadi kami telah mengajukan soalan khusus kepada pemilik Atletico mengenai situasi ini.
“Mengenai kelewatan dokumentasi, jawapannya mereka ialah cuba berurusan dengan Chelsea terlebih dahulu dan andai tidak berjaya, maka mereka tidak akan melanjutkan perbincangan mengikat Javi Guerra.
“Itu maklumat yang kami terima dan urusan itu telah membantutkan perpindahannya dan ia bukan sebahagian daripada syarat yang dibincangkan sejak Ahad lalu tatkala segala WhatsApp, e-mel, panggilan, ajuan telah kami penuhi.
"Kami tidak dimaklumkan apa-apa mengenai hubungan di antara kedua-dua pihak jadi kami menarik diri demi melindungi diri sendiri."

Conor Gallagher travelled to Spain last night to complete his move to Atletico Madrid ??? pic.twitter.com/b3hugFNmMR
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 8, 2024