VILLARREAL 1 VALENCIA 3
Pengurus Valencia, Marcelino, mengakui kemenangan 3-1 di Villarreal dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Europa awal pagi tadi membanggakan pasukannya.
Selepas Goncalo Guedes memberikan Valencia pendahuluan awal, Villarreal secara umumnya merupakan pasukan yang lebih baik dan mendominasi hampir sepanjang permainan -- Santi Cazorla menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-36.
Bagaimanapun, skuad Yellow Submarine itu mula dihimpit keletihan pada penghujung aksi dan Valencia mengambil peluang tersebut untuk membunuh pertemuan sesama wakil Sepanyol itu.
Usaha Daniel Wass pada minit ke-90 meletakkan pelawat di hadapan dan selepas itu, giliran Guedes untuk memuktamadkan kemenangan tersebut.
Marcelino mengakui keputusan itu agak keras terhadap Villarreal, namun dia kini menjangkakan Valencia akan layak ke separuh akhir.
"Kami bermula dengan baik," katanya kepada pemberita. "Penalti yang diberikan kepada pihak lawan agak meragukan dan ia meletakkan Villarreal kembali dalam permainan. Mereka mempunyai dua peluang menarik dan menguasai babak kedua.
"Penyudah mereka tidak berkesan disebabkan Neto menampilkan prestasi yang bagus dan kami mula menguasai permainan pada penghujung perlawanan.
"Tatkala Villarreal cuba mendapatkan keputusan 2-1, kami pula menghasilkan situasi yang baik. Ia satu keputusan yang amat memberangsangkan sekiranya anda mengambil kira merit di antara kedua-dua pasukan.
"Secara jujurnya, ia meletakkan kami sebelah kaki dalam separuh akhir. Keputusan perlawanan ini adalah luar biasa sedangkan Villarreal kelihatan lebih lengkap sepanjang perlawanan."
Pengurus Villarreal, Javi Calleja, bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat Marcelino itu dan berasakan pasukannya kehilangan rentak dalam tempoh 15 minit terakhir.
"Kami beraksi dengan cukup baik sepanjang 75 minit apabila menguasai perlawanan dan kami mencipta deretan peluang," tambah Calleja.
"Namun, 15 minit yang terakhir menyebabkan kami dihukum secara fizikal. Mereka dalam keadaan segar, mempunyai idea yang jelas dan akhirnya menghukum kami."
Di ambang penyingkiran dalam Liga Europa, Villarreal kini boleh mengalihkan tumpuan mereka kepada kempen LaLiga memandangkan mereka menghuni tangga ketiga tercorot dengan baki tujuh perlawanan lagi dan prestasi awal pagi tadi setidak-tidaknya mencetuskan harapan buat Calleja.
"Lihatlah usaha kami sepanjang 75 minit kerana dengan permainan seperti itu, saya nampak sinar harapan," katanya. "Saya fikir bola sepak tidak boleh terus bersikap tidak adil seperti nasib yang menimpa kami."