Skip to main content

Bola Sepak

Valencia capai persetujuan dengan PSG untuk  Guedes

guedes-cropped_by02ib5ievyp1o8d45smbh48u.jpg
Goncalo Guedes kembali ke Valencia dengan perjanjian kekal selepas kelab Sepanyol itu akhirnya mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain (PSG) untuk perpindahannya.

Guedes bermain secara pinjaman di Valencia musim lalu dan menjadi inspirasi, terutama dalam separuh pertama kempen, ketika kelab itu melancarkan cabaran merebut gelaran.

Tidak Valencia atau pemain sayap itu mampu mempertahankan kecemerlangan sepanjang musim, namun aksi Guedes memulihkan reputasi cemerlangnya  di Benfica dan membantu Los Che layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Guedes, 21, meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya untuk ke PSG pada Januari 2017 tetapi berhempas-pulas bagi memberi impak selepas perpindahan bernilai €30 juta (RM143 juta).

Bagaimanapun, dia kini akan berusaha untuk membina musim baik di Valencia setelah menunjukkan kemampuan bagi memujuk mereka melakukan perpindahan tetap.

Ia dilaporkan bahawa Valencia mungkin membayar kepada PSG €50 juta (RM239 juta) untuk pemain antarabangsa Portugal itu, yang akan menandatangani kontraknya esok.

Advertisement

Must Watch Video