Felda United selaku rakan kongsi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) enggan meletakkan harapan tinggi terhadap nilai tajaan musim ini.
Setiausaha Agungnya, Afizal Abu Othman, menjangkakan jumlah hak penyiaran yang akan diterima setiap pasukan tidak lebih berbanding sebelum ini walaupun dua syarikat besar sudah tampil menaja Liga Malaysia (Liga M).
"Saya berasakan tajaan RM3 juta sepasukan adalah jumlah yang mustahil tetapi sekurang-kurangnya dapat meraih hak penyiaraan yang sama rata diberikan kepada pasukan Liga Super dan Liga Perdana," katanya.
Dikhabarkan, nilai tajaan terbaru membabitkan peruntukan RM1.5 juta ringgit kepada pasukan Liga Super dan RM500,000 buat pasukan Liga Perdana -- kurang separuh daripada nilai tajaan terdahulu.
Begitupun, jumlah itu hanya anggaran awal dan masih belum dimuktamadkan secara rasmi oleh MFL.
"Jumlah yang lebih besar adalah bonus buat pasukan dan berharap agar lebih banyak hak penyiaran yang masuk, sekali gus meningkatkan tajaan kepada pasukan."
Editor: Ammar Hakim