Skip to main content

Bola Sepak

Usah datang kalau hanya untuk Liga Juara-Juara -- Milner

milner-230517.jpg
James Milner memberi amaran kepada mana-mana pemain yang ingin menyertai Liverpool menjelang kepulangan mereka di pentas Eropah: Jangan memeterai kontrak jika sebab tunggal anda adalah Liga Juara-Juara.

Liverpool bersedia untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan walaupun perlu melalui pusingan play-off apabila menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jurulatih The Reds, Jurgen Klopp, telah menyatakan dengan jelas bahawa Liverpool akan melabur dalam soal kualiti tetapi Milner mahu mana-mana rekrut berpotensi yang berpindah ke Anfield atas alasan yang betul.

"Ia seperti tidak menghormati kelab jika anda mengatakan satu-satunya sebab anda bersama Liverpool adalah kerana Liga Juara-Juara," kata Milner.

"Dengan sejarah, pengurus dan pemain di kelab ini, ia agak kurang sopan jika ia satu-satunya sebab anda datang.

"Mungkin (kami juga sebuah pasukan menarik) tetapi dengan mengatakan anda datang untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara dan membuktikan anda cukup bagus adalah hal yang berlainan. Anda perlu datang ke sini dan melaksanakan tugas.

"Tidak mengapa untuk mengatakan anda seharusnya berada dalam kedudukan empat teratas.

"Bagaimanapun, terdapat banyak pasukan berkualiti yang berjuang untuk itu.

"Kami telah berjaya mencapainya.

"Secara peribadi, perkara yang paling besar bagi saya di Manchester City ialah memenangi Piala FA (pada 2011). Sebaik kami memenangi trofi pertama dan memenangi sesuatu, ia mewujudkan kepercayaan.

"Kami hampir memenangi trofi pada tahun lalu, namun gagal mengecapinya. Beraksi dalam perlawanan besar seperti itu adalah penting.

"Kami telah membuktikan bahawa kami mampu menewaskan pasukan gergasi dalam perlawanan besar tetapi kami harus mengekalkan konsistensi terhadap pasukan yang berkunjung dan lebih banyak bertahan."



 

Advertisement

Must Watch Video