Barcelona mengesahkan perolehan pendapatan tertinggi sebanyak €990 juta (RM4.5 bilion) dalam kempen 2018-19, namun keuntungan bersih kelab itu merosot berbanding tahun 2018.
Skuad kendalian Ernesto Valverde itu mengekalkan gelaran LaLiga tetapi mengharungi musim yang mengecewakan ekoran tewas kepada Valencia dalam perlawanan akhir Copa del Rey di samping kekalahan buruk kepada Liverpool dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Di luar lapangan, Barca -- yang tahun lalu menyatakan niat untuk mencatat pendapatan setinggi €1 billion (RM4.5b) menjelang 2021 -- dalam kedudukan yang kukuh setelah melepasi jumlah musim lalu, iaitu sebanyak €914j (RM4.1b).
Bagaimanapun, mereka hanya meraih €17 juta (RM77.9j) dalam keuntungan operasi setelah mencatat €32j (RM146.7j) dalam musim sebelumnya manakala keuntungan bersih kelab itu pada musim lalu adalah €4.5 juta (RM20.6j) berbanding €13j (RM59.6j) yang dicatat pada 2017-18.
Kelab itu telah mengeluarkan dana besar dalam pasaran pemain berikutan kemasukan Frenkie de Jong, yang ditandatangani pada Januari dengan bayaran awal €75j (RM343.8j) daripada Ajax sebelum Antoine Griezmann tiba daripada Atletico Madrid dengan yuran €120j (RM550.3j).
Perpindahan Griezmann mengundang kontroversi ekoran Atleti menuntut bayaran tambahan €80j (RM366.8j) daripada Barca sehingga mendorong Persekutuan Bolasepak Sepanyol untuk menyiasat perjanjian terbabit.
Laporan mengaitkan Neymar juga terus berleluasa dengan spekulasi Barca akan membida bintang Brazil itu untuk kembali ke Camp Nou, dua tahun selepas dia angkat kaki ke Paris Saint-Germain (PSG) menerusi yuran perpindahan tertinggi dunia €222 juta (RM1b).