BOLA SEPAK
UNL: Samu Omorodion terima panggilan sulung perkuat Sepanyol
Samu Omorodion buat pertama kali dipanggil menyertai pasukan senior Sepanyol menjelang saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) selepas aksi cemerlangnya bersama Porto.
Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini mewakili Sepanyol di Sukan Olimpik Paris 2024 dan menjaringkan satu gol dalam empat penampilannya.
Sejak menyertai Porto pada Ogos 2024, dia telah menjaringkan 11 gol dalam 11 penampilannya di semua kejohanan, tujuh daripadanya dalam saingan Liga Primeira dengan purato jaringannya adalah setiap 68 minit.
Iklan
Dalam pada itu, pemain Barcelona, Marc Casado, juga turut berada dalam skuad kendalian Luis de la Fuente selepas aksi mengkagumkan mengawal jentera tengah Barca.
? ??????? | Esta es la convocatoria de Luis de la Fuente para los partidos ante Dinamarca y Suiza.La @SEFutbol, ya clasificada para la siguiente ronda, busca redondear la fase de grupos con dos victorias.ℹ️ https://t.co/UKzhZQaLXo #VamosEspaña | #NationsLeague pic.twitter.com/CujTIkMc97— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) November 8, 2024
"Pada usia 20 tahun, Omorodion memmpunyai potensi dalam bola sepak. Dia mencuri perhatian. Sudah tiba masanya untuk memberikan dia kesinambungan (dalam karier)," kata De la Fuente kepada pemberita.
Mengenai Casado, dia menambah: "Ini semua kerana keyakinan, komitmen dan kemampuannya. Dia sudah bersedia, tetapi dia masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan." tambahnya.
Kapten Sepanyol, Alvaro Morata, merupakan antara nama yang berada dalam skuad sepanyol walaupun sebelum ini dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan kepada dalam sesi latihan bersama AC Milan, dengan pemain berusia 32 tahun itu kini dalam keadaan baik.
Untuk rekod, Sepanyol telah layak ke pusingan suku akhr UNL dengan skuad La Roja akan berdepan cabaran Denmark Rabu depan sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Switzerland tiga hari kemudian.
Barisan penuh skuad Sepanyol:
David Raya (Arsenal), Alex Remiro (Real Sociedad), Robert Sanchez (Chelsea), Pedro Porro (Tottenham), Oscar Mingueza (Celta Vigo), Daniel Vivian (Athletic Bilbao), Aymeric Laporte (Al-Nassr), Pau Torres (Aston Villa), Marc Cucurella (Chelsea), Alex Grimaldo (Bayer Leverkusen), Aitor Paredes (Athletic Bilbao), Mikel Merino (Arsenal), Martin Zubimendi (Real Sociedad), Fabian Ruiz (PSG), Pedri (Barcelona), Dani Olmo (Barcelona), Alex Baena (Villarreal), Marc Casado (Barcelona), Alvaro Morata (Milan), Lamine Yamal (Barcelona), Nico Williams (Athletic Bilbao), Yeremy Pino (Villarreal), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Ayoze Perez (Villarreal), Samu Omorodion (Porto), Bryan Zaragoza (Osasuna).
Must-Watch Video