ITALI 4 ISRAEL 1

Itali selangkah lagi sebelum meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) selepas membenam Israel 4-1 di Stadium Bluenergy, Udine, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Luciano Spalletti hanya memerlukan satu mata sahaja dalam dua perlawanan terakhir mereka untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Mateo Retegui terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas penjaga gol Israel, Omri Glazer melakukan kekasaran untuk meletakkan Itali mendahului 1-0 dalam separuh masa pertama.




Dua gol Giovanni Di Lorenzo dan jaringan Davide Fratessi menutup perjuangan Israel yang dilihat sukar mengatasi kekuatan Itali dari aspek serangan susulan kubu mereka diserang bertali arus.

Keputusan 4-1 kekal hingga wisel penamat dengan Israel menamatkan cabaran mereka dalam saingan UNL di tempat tercorot Kumpulan B tanpa sebarang kemenangan selepas empat perlawanan dengan sebelum ini mereka tewas kepada Perancis 0-4.


'Mereka bagus dari aspek semangat berpasukan dalam separuh masa pertama, tetapi kami mengejukan mereka beberapa kali dengan gerakan bola daripada Di Lorenzo kepada Retegui." kata Luciano Spalletti usai perlawanan.

Sejak gol pertamanya bersama Azzuri pada 2021 ketika berdepan Lithuania, Di Lorenzo telah meledak lima jaringan serta itu merupakan rekod jaringan terbanyak daripada pemain pertahanan Itali.