Jose Mourinho kecewa dengan kualiti yang dipamerkan oleh Manchester United selepas tewas sekali lagi tetapi menegaskan sikap pemain-pemainnya tidak seharusnya menjadi persoalan.
United tewas dua kali berturut-turut selepas West Ham meraih kemenangan 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London Stadium malam tadi, sekali gus memberi tekanan kepada Mourinho yang terpaksa mengharungi minggu yang sukar.
Felipe Anderson membuka jaringan pada awal permainan sebelum jaringan sendiri Victor Lindelof meletakkan United ketinggalan dua gol dalam separuh masa pertama.
Marcus Rashford mengurangkan defisit jaringan, namun ia gagal mencetus kebangkitan United apabila Marko Arnautovic melengkapkan kemenangan tuan rumah dalam separuh masa kedua.
Walaupun tidak risau terhadap sikap pemain-pemainnya, Mourinho -- yang mengeluarkan Paul Pogba dalam separuh masa kedua -- berkata United kekurangan kualiti.
"Saya tidak mempersoalkan sikap pemain-pemain United tetapi mereka masih kekurangan kualiti dan pendekatan mental untuk perlawanan ini, seperti tidak bernafsu," katanya.
"Sebagai contoh, anda dapat melihat Robert Snodgrass yang hadir ke dalam perlawanan ini seperti mahu makan apa sahaja yang berdekatan dengan dirinya.
"Saya berasakan mental pasukan terlalu rapuh selepas mengalami kekalahan kepada Derby. Ketinggalan awal dalam perlawanan ini, ia tidak bagus.
"Jaringan pertama West Ham tidak dapat disahkan dengan VAR dan sememangnya pengadil telah melakukan kesilapan. Kemudian United ketinggalan 2-0 dengan jaringan sendiri."
Alexis Sanchez tidak diturunkan, dengan Mourinho menurunkan Anthony Martial bersama Romelu Lukaku, pengendali kelahiran Portugal itu menjelaskan ia adalah keputusan taktikal untuk perlawanan itu.
"Sejak beberapa bulan yang lalu, ramai yang bertanyakan mengenai Martial, Martial, Martial.
"Ramai yang mengatakan Alexis Sanchez tidak bermain dengan baik. Jadi, minggu ini kami bersetuju dan memberikan peluang kepada Martial dan merehatkan Sanchez," katanya.