Skip to main content

Bola Sepak

United patut jaring lebih banyak gol -- Erik ten Hag

2_75019638.jpg
Erik ten Hag mengakui pasukannya di Manchester United sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol selepas mereka mara ke pusingan keempat Piala FA dengan kemenangan 2-0 ke atas kelab Liga Satu, Wigan.

United melakukan 33 percubaan ke gawang, 14 daripadanya tepat sasaran, tetapi hanya dua kali berjaya menewaskan penjaga gol muda Latics yang mengagumkan, Sam Tickle, yang pertama menerusi rembatan Diogo Dalot pada minit ke-22 dan kemudian dengan penalti pada minit ke-74 daripada Bruno Fernandes .

Rasmus Hojlund dan Alejandro Garnacho kedua-duanya sekadar menggegar palang manakala percubaan Marcus Rashford dinafikan Tickle, dan ini merupakan perlawanan ke-18 daripada 23 dalam saingan domestik di mana penyerang United itu gagal menjaringkan gol.
 

“Kami hanya mahukan kemenangan tetapi berdasarkan separuh masa pertama, cara kami bermain, prestasi, bagaimana kami mengendalikan bola, bagaimana kami membuat larian, kami mencipta banyak peluang dan itu cukup menggembirakan untuk dilihat, ” Ten Hag berkata.

“Saya fikir kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol tetapi perkara yang baik ialah kami mencipta peluang.”

Advertisement

Must Watch Video