Skip to main content

Bola Sepak

United mahu tandatangani Goretzka jika Rice sertai Bayern Munich

goretzka.jpg
Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka, yang akan dilepaskan gergasi Jerman itu jika mereka menandatangani kapten West Ham, Declan Rice.

Arsenal dilaporkan sanggup memecahkan rekod perpindahan mereka untuk membayar GBP90 juta kepada West Ham dan menawarkan Rice GBP300,000 seminggu. Rice adalah sasaran utama mereka, namun The Gunners akan menghadapi banyak persaingan untuk mendapatkan khidmatnya -- dengan United dan Bayern muncul sebagai pesaing utama.

Rice, 24, mengadakan perbincangan dengan Bayern bulan lalu, ketika pengurus, Thomas Tuchel, berharap untuk menjadikan dia pemain tengah baharunya. Keutamaan pemain antarabangsa England itu ialah mengetuai West Ham dalam perlawanan akhir Liga Conference Europa menentang kelab Itali, Fiorentina awal pagi esok.

Bagaimanapun, Rice jelas dia mahu meninggalkan kelab East London itu pada musim panas ini dan dengan kontraknya akan tamat pada musim panas 2024, The Hammers mungkin akan mencari peluang untuk mendapatkan wang sebagai persiapan musim hadapan daripada hasil penjualan kapten itu.

"Dia akan menjadi rekod perpindahan Britain jika dia meninggalkan West Ham," katanya. 

“Kami benar-benar berharap dia kekal,” tambah Moyes. 

"Kami mempunyai perancangan bersama Rice di sini namun kami juga menyedari sepenuhnya ada kemungkinan besar kami tidak akan memilikinya."

Advertisement

Must Watch Video