Skip to main content

Bola Sepak

United buntu cari jaringan di Old Trafford

paul-pogba_1.jpg
Aspirasi kelompok empat teratas Manchester United mengalami kemunduran apabila mereka terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan yang mengecewakan ketika bertemu Watford di Old Trafford.

United nampaknya telah menemui sentuhan menjaringkan gol mereka semasa menang 4-2 di Leeds United Ahad lalu.

Namun mereka kembali kepada asal ketika di bawah kendalian Ralf Rangnick, mendominasi permainan namun deretan peluang yang dimiliki terus gagal disempurnakan.

Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Anthony Elanga dan Paul Pogba semuanya mensia-siakan peluang ketika Watford yang bergelut untuk bertahan sepanjang perlawanan sekaligus merencatkan peluang United untuk kekala dalam kelompok empat terbaik.

Dari permulaan permainana, United melancarkan serangan demi serangan ke arah gawang Watford dan hingga Ronaldo berjaya melakukan percubaan yang sekadar terkena tiang gol sementara dan Bruno Fernandes hanya dapat melakukan percubaan terus ke arah Ben Foster selepas melakukan gerakan hebat melibatkan Ronaldo dan Anthony Elanga.
 

 

Advertisement

Must Watch Video