Skip to main content

Bola Sepak

United berdepan rekod permulaan terburuk

ole-gunnar-solskjaer.jpg
Manchester United berdepan rekod permulaan terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas terikat 1-1 dengan Arsenal di Old Trafford awal pagi tadi.

Selepas tujuh perlawanan musim ini, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu hanya meraih dua kemenangan dan sembilan mata.

Mereka kini berada di tangga ke-10 liga, hanya dibezakan jumlah jaringan dengan Burnley di tangga ke-11.

Untuk rekod, United meraih hanya 10 mata daripada tujuh perlawanan dalam musim 2018-19 dan 2013-14.

Jose Mourinho dipecat pada Disember lalu untuk digantikan oleh Solskjaer secara sementara sebelum pengendali berbangsa Norway itu diberikan tanggungjawab penuh.

David Moyes hanya bertahan hingga April sebelum dipecat dalam musim 2013-14, yang juga kempen pertama United selepas persaraan Alex Ferguson.

Advertisement

Must Watch Video