Skip to main content

Bola Sepak

Unifi Piala Malaysia: Wan Zack mahu tamat kemarau jaringan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-zack.jpg
Pemain prolifik Perak, Wan Zack Haikal Wan Noor, berhasrat menamatkan kemarau gol dengan ledakan gol awal pada aksi timbal balik pusingan ke-16 berdepan Kelantan Darul Naim.

Biarpun Perak selesa dengan kelebihan tiga gol, namun, kapten Perak itu tidak memandang mudah aksi tersebut kerana menyedari lawan bakal tampil dengan permainan 'power play'.

Perak membawa kelebihan 3-0 ke atas KDN dalam aksi yang berlangsung di Kelana Jaya.

Di sebalik keselesaan itu, Wan Zack Haikal mengharapkan perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Perbandaran Manjung esok bakal menjadikan platform buat dirinya menemui rentak jaringan.

"Walaupun mendahului dengan tiga jaringan, segalanya boleh berlaku dalam bola sepak. Kami akan berusaha untuk mengekalkan momentum dalam perlawanan ini," katanya. 

"Saya mengharapkan pasukan awal mendapatkan jaringan dalam perlawanan bagi memastikan berjaya mengawal rentak.

"Saya juga meletakkan matlamat peribadi dalam perlawanan ini dan berharap untuk meledak gol.

"Walaupun saya bertindak sebagai kapten, namun setiap pemain memiliki peranan penting dan saya mahu memastikan kami beraksi cemerlang sementara mengharapkan kehadiran penyokong untuk perlawanan ini."

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

warning-logo Tiada jadual tersedia pada masa kini

Must Watch Video