Ia merupakan pertemuan kedua KL City dan JDT dalam tempoh lima hari -- dengan anak buah Hector Bidoglio merekodkan kemenangan 3-0 untuk aksi Liga Super pada 8 Disember di Stadium Sultan Ibrahim.
Ketika KL turun tanpa tonggak utama seperti Paulo Josue dan Haqimi Azim Rosli yang menyumbang 16 gol musim ini, skuad kendalian Miroslav Kuljanac diasak bertali arus sejak sepak mula dengan Bergson da Silva beberapa kali buat percubaan berbahaya.
Dan gol yang dicari kunjung tiba minit ke-33 dalam aksi yang agak berat sebelah.
Bergson cukup ghairah mencari ruang sebelum melepaskan rembatan menewaskan Azri Ghani untuk membawa bekalan satu gol menuju bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, Arif Aiman Md Hanapi hampir menggandakan jaringan namun kuisannya sedikit tersasar ke kanan gawang KL City.
Tambahan gol yang dinanti menjelma minit ke-78 menerusi kaki kiri Heberty gerakan satu dua bersama Juan Muniz dan Bergson.
Heberty gets that second! ⚽️#KLCvJDT#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/gEs9XyqG6z
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 13, 2024
Ketika perlawanan menuju tempoh 90 minit, KL City berjaya mendapatkan satu gol menerusi percubaan Brendan Gan menewaskan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed menjadikan kedudukan 1-2.
Tamat perlawanan di Stadium Cheras dan kedua-dua pasukan bakal berentap sekali lagi pada 21 Disember bagi aksi kedua di SSI.