Romel Morales menjadi pemain naturalisasi terbaru kelahiran Colombia untuk menjadi anggota 26 pemain Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Asia dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024.
Berdasarkan senarai pemain, seramai 22 daripada 25 pemain yang telah dipanggil dalam kem latihan pusat terdahulu bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei, November lalu dikekalkan.
Empat pemain baharu yang tersenarai kali ini ialah dua pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba dan Natxo Insa; pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee serta penyerang Kuala Lumpur City FC, Morales.
Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero, Paulo Josue dan Endrick dos Santos antara pemain yang kali terakhir dipertaruhkan dalam barisan kendalian Kim Pan-gon itu.
Bagaimanapun, skuad kebangsaan dibenarkan untuk menyenaraikan tujuh pemain dalam satu-satu masa.
UNDI DI SINI pendapat anda tentang kehadiran pemain naturalisasi dalam kem kebangsaan.
Shaiful Shamsudin
Fri Dec 22 2023