Ultimate Liga Super Fantasy minggu kelapan memperlihatkan Mkanwar kekal sebagai pendahulu mingguan dan mendapat mata tertinggi untuk menghuni carta kedudukan antara semua pemain.
Mkanwar berjaya mengumpul 195 mata secara keseluruhan selepas saingan liga minggu kelapan, diikuti MUHAMMAD IMADUDDIN BIN SUMAIL dengan 146 mata di tempat kedua.
Ia menyaksikan pendahulu saingan memenangi RM1000 selepas menduduki carta teratas sepanjang lapan minggu saingan.
Perlawanan Liga Super Malaysia minggu kesembilan akan bermula esok dengan 12 pasukan akan berentap untuk merebut gelaran juara Liga Super 2024/2025.
Rancang kesebelasan utama terbaik anda sekarang bagi merebut mata tertinggi untuk menjadi pendahulu carta Ultimate Liga Super Fantasy 2024.
Ammar Hakim
Mon Aug 12 2024