Skip to main content

Bola Sepak

UKRC: Bintang Timur juara edisi 2019

ukrc.jpg
Bintang Timur FC muncul juara Kejohanan Bolasepak Jemputan Antarabangsa Sembilan Sebelah (UKRC) 2019 selepas menumpaskan wakil senegara dari Indonesia, Pertamina, 2-1 dalam aksi final di Kompleks Sukan Setiawangsa, hari ini.

Memasuki edisi ke-17, kejohanan itu melibatkan 16 pasukan dengan empat penyertaan baru daripada Brunei, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Kesemua pencabar dibahagikan kepada empat kumpulan dengan lapan pasukan teratas mara untuk merebut trofi utama selepas pembahagian dua lagi kumpulan.

Bintang Timur yang muncul juara peringkat kumpulan bertemu lawan senegara dalam aksi final dan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam waktu sebenar, namun tuah berpihak mereka dalam penentuan sepakan penalti menerusi kemenangan 2-1.

"Kami bertanding dengan kekuatan sama tetapi tuah memihak kami hari ini. Daripada segi teknikal, kami beraksi secara tersusun. Kejohanan ini bagus untuk bertemu rakan lama dan ia juga hiburan," kata kapten Bintang Biru, Ewan Karo Karo.

Sementara itu, Presiden UKRC, Andrew Gopal, berpuas hati dengan peningkatan mutu pertandingan untuk edisi kali ini selain mahu kejohanan itu diteruskan setiap tahun.

"Kami gembira saingan UKRC tahun ini berjalan lancar dan mutu juga meningkat. Persaingan dari luar negara amat sengit. Diharapkan pihak korporat dapat terlibat dalam saingan akan datang," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video