UiTM FC tidak mahu kehadiran mereka dalam Piala Malaysia dipandang rendah pencabar lain selepas mencipta sejarah selaku pasukan institusi pengajian tinggi pertama layak ke pertandingan tertua di Asia itu.
Daripada sebuah pasukan yang dijangka bergelut dalam zon penyingkiran Liga Perdana, UiTM berjaya mengejutkan ramai pemerhati apabila menduduki kelompok lima pasukan terbaik selepas menamatkan saingan pusingan pertama.
Menurut penolong jurulatih UiTM, Nazrulerwan Makmor, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah dicapai ketika mereka dianggap antara pasukan yang tidak dibarisi ramai pemain ternama.
Baginya, itu semua hasil usaha keras pemain yang sentiasa mengamalkan semangat berpasukan yang jitu.
"Bagi kami, kami berhak untuk beraksi dalam Piala Malaysia berdasarkan persembahan ketika ini.
"Mungkin sebelum ini, UiTM dianggap lubuk tiga mata kepada mana-mana pasukan.
"Kami akan kekal dengan status underdog tetapi akan terus mempamerkan peningkatan," katanya.