Ketua jurulatih UiTM FC, Ismail Zakaria, tetap memberi penilaian memuaskan terhadap prestasi anak buahnya walaupun jentera serangan mereka tidak berupaya menghasilkan gol sehingga menjadi punca kekalahan 0-1 kepada Terengganu FC II (TFC II) di Stadium UiTM, semalam.
UiTM FC menampilkan corak permainan positif ketika berdepan TFC II menerusi penguasaan bola di semua bahagian.
Ia jelas menyerlahkan keinginan mereka untuk merakamkan kemenangan dalam usaha merampas kedudukan teratas Liga Perdana.
Bagaimanapun, keupayaan mendominasi permainan belum cukup untuk menjamin kejayaan mereka yang gagal memanfaatkan deretan peluang terhidang.
"Secara keseluruhan, saya boleh beri tujuh (daripada 10) kepada mereka.
"Pemain saya bermain baik, namun mereka tiada gerakan penyudah.
"Itulah bola sepak.
"Apabila kami tidak menjaringkan gol dan pihak lawan memanfaatkannya, kami tewas.
"Selepas ini, kami akan ke Sabah dan ia juga satu perlawanan yang berat.
"Apapun, kami akan memberikan yang terbaik untuk memungut mata di Sabah," katanya.
Bekas penyerang import Negeri Sembilan, Bruno Suzuki, muncul wira TFC II menerusi gol kemenangan pada lapan minit terakhir perlawanan.
Ia membolehkan skuad bimbingan Tengku Hazman Raja Hassan itu mengakhiri kemarau empat perlawanan tanpa kemenangan.
"Saya berterima kasih kepada setiap pemain yang berusaha keras sepanjang perlawanan.
"Bukan mudah untuk kami beraksi di tempat lawan dan kami tahu masalah yang paling besar adalah kami mampu mencipta peluang tetapi tidak dapat menggunakan peluang itu dengan sebaik mungkin sepanjang tiga perlawanan lepas," kata Tengku Hazman.