Presiden UiTM FC, Prof Dr. Azizan Abdullah, memberi jaminan skuad kendalian Ismail Zakaria itu memiliki sistem kewangan kukuh untuk bersaing dalam Liga Super musim depan.
Berbaki enam perlawanan, UiTM sudah disebut-sebut bakal mewarnai Liga Super musim depan buat kali pertama.
Umum mengetahui saingan dalam Liga Super sudah pasti memerlukan jumlah bajet yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, pengurusan UiTM sudah memberi jaminan awal mereka bersedia untuk berada di pentas Liga Super bukan hanya berlandaskan prestasi, malah jaminan kewangan yang tidak akan mengganggu kelancaran perjalanan pasukan musim depan.
"Setakat ini, kedudukan kewangan UiTM stabil dan jika kami sudah pasti ke Liga Super musim depan, kami akan berusaha mendapatkan pihak penajaan yang akan membantu mengukuhkan lagi sistem kewangan kami," kata Dr. Azizan.
Penggunaan majoriti pelajar UiTM dalam pasukan akan diteruskan dan tiada hasrat untuk mencari pemain yang sudah memiliki nama di pentas saingan liga, sebaliknya hanya bantuan pemain import yang menjadi sokongan tambahan.
"UiTM akan terus mencungkil bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam skuad UiTM FC sementara pasukan akan terus disokong dengan empat import."
UiTM ketika ini mengetuai Liga Perdana dengan kutipan 26 mata dengan keputusan semasa selepas melakar lapan kemenangan, dua seri dan empat kalah.