LIGA PERDANA MSIA

UiTM FC dapat sentuhan awang import baru

Stadium Astro
Tengku Danish Bahri  
04/05/2019
12:22 MYT
Sponsor Banner
UiTM FC dapat sentuhan awang import baru
Tonggak skuad kebangsaan Kyrgyzstan, Akhlidin Israilov, disahkan akan tiba Selasa ini dan menyarung jersi UiTM FC bagi mengharungi baki Liga Malaysia musim ini.
Menurut pengendalinya, Ismail Zakaria, pengalaman pemain tengah berusia 25 tahun itu menjadi aset utama memperkemaskan barisan mudanya.
Beraksi dalam kesemua empat perlawanan Piala Asia, Januari lalu, Ismail berkata Israilov dijangka menggantikan khidmat pemain Brunei, Adi Said, bagi kuota Asia.
"Jika semua berjalan lancar, dia (Israilov) akan beraksi dalam perlawanan seterusnya.
"Selain mampu mengawal jentera tengah dengan baik, dia seorang perancang yang boleh membantu bahagian serangan," katanya.
Turut menjadi harapannya adalah untuk pemain-pemain tempatan mengambil kesempatan untuk 'belajar' dengan bekas pemain Dynamo Kyiv itu.
Ismail mengakui ketiadaan penyerang, Zarko Korac (penggantungan) dan Robert Mendy (kecederaan), menjadi punca kekalahan kepada Terengganu FC (TFC) II, malam tadi.
Justeru, bekas jurulatih bola sepak pantai negara itu menjanjikan kelainan dalam aksi berikutnya yang juga 'derby' universiti bertemu UKM FC.
"Dengan kembalinya Korac dan Mendy serta penampilan Israilov, saya jangkakan pasukan kami akan semakin mantap," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video