Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Ten Hag tabik sikap tidak mudah mengalah Manchester United

erik-ten-hag.jpg
Erik ten Hag memberi tabik hormat kepada barisan Manchester United yang mencipta kebangkitan untuk kemenangan dramatik ke atas Barcelona dalam Liga Europa, sebentar tadi. 

Selepas seri 2-2 di Camp Nou minggu lalu, The Red Devils ketinggalan secara agregat menerusi sepakan penalti Robert Lewandowski dalam babak pertama di Old Trafford.

Tetapi skuad kendalian Ten Hag itu mengimbangi kedudukan selepas rehat menerusi penyudah Fred sebelum pemain gantian, Antony, menghantar tuan rumah mara ke pusingan 16.

Apabila ditanya adakah ini kemenangan paling mustahaknya sejak bertindak sebagai pengurus, dia memberitahu BT Sport: "Ya, saya rasa begitu. 

"Kami mempunyai beberapa kemenangan yang baik iaitu ke atas Liverpool, Arsenal di laman sendiri. 


 

"Barcelona merupakan pendahulu LaLiga, lapan mata di hadapan Real Madrid. Untuk menewaskan mereka, ia adalah satu kejayaan yang besar.

"Saya fikir kami mempunyai beberapa personaliti yang hebat dalam pasukan seperti Raphael Varane dan Lisandro Martinez, mereka tidak takut sesiapa pun. 

"Walaupun kami menghadapi rintangan, mereka tidak mudah mengalah, mereka akan tetap berusaha untuk segera keluar daripada kesulitan. Mereka mahu mendapatkan keputusan positif.

"Walaupun mereka melepaskan sepakan penalti, mereka perlu terus berjuang; mereka mampu mengubah permainan dengan pendekatan sedemikian. 

"Apabila anda memenangi perlawanan besar seperti ini -- selepas ketinggalan 0-1 dan berdepan situasi sukar -- saya rasa ini adalah sesuatu yang bagus. Ia akan melonjakkan motivasi kami pada musim ini."

Advertisement

Must Watch Video