PSV 2 SEVILLA 0
(Sevilla mara dengan agregat 3-2)
Penjaga gol Sevilla, Marko Dmitrovic, menegaskan bahawa dia tahu bagaimana untuk mempertahankan diri selepas bertelagah dengan peminat ketika tumbang kepada PSV, awal pagi tadi.
Dmitrovis terpaksa bertindak keras terhadap penyokong yang meluru ke arahnya ketika mereka menghampiri kekalahan 0-2 dalam aksi timbal balik play-off kalah mati Liga Europa di Stadion Philips itu, secara tidak langsung memaksa pihak keselamatan untuk campur tangan.
Walaupun Sevilla tewas di tempat lawan dengan jaringan daripada Luuk de Jong dan Fabio Silva, kelebihan tiga gol mereka hasil pertemuan pertama minggu lalu memacu laluan mereka ke pusingan seterusnya.
Bercakap selepas perlawanan itu, Dmitrovic menyatakan keganasan sedemikian tidak seharusnya mempunyai tempat dalam bola sepak sambil menggesa hukuman dijatuhkan ke atas individu terbabit.
"Dia menolak saya dari belakang dan cuba memukul saya," katanya kepada Movistar+.
“Dia sempat mencederakan hidung dan leher saya sedikit.
"Sebenarnya saya mahu memukulnya. Tapi jika saya mahu memukul seseorang, saya perlu mendaftar untuk sukan seperti tinju.
"Bola sepak tidak layak untuk perkara ini. Saya harap mereka menghukumnya. Ia satu kejutan kerana ia berlaku pada saat saya memberi fokus kepada permainan.
"Saya tidak pernah menyerang sesiapa sepanjang hidup saya tetapi saya tahu bagaimana untuk mempertahankan diri. Ia tidak bagus dalam bola sepak atau dalam kehidupan. Yang penting kami mara."
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kemudian menjelaskan bahawa mereka sedang menunggu laporan daripada pengadil perlawanan sebelum menangani situasi itu.

A nervy end, but we get the job done ?#UEL pic.twitter.com/Z7p6bIZemS
— Sevilla FC (@SevillaFC_ENG) February 23, 2023