Skip to main content

Bola Sepak

UECL: West Ham sahkan tiada kelibat Gianluca Scamacca

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gianluca-scamacca.jpg
Pengurus West Ham, David Moyes, mengesahkan Gianluca Scamacca akan terlepas perlawanan akhir Liga Persidangan Eropah bulan depan.

Penyerang Itali, Scamacca, yang ditandatangani musim panas daripada Sassuolo itu menjalani pembedahan lutut pada bulan lalu dengan harapan sempat pulih sebelum akhir musim ini. 

Bagaimanapun, Moyes akhirnya memutuskan tidak akan mengambil risiko atas khidmat pemain berusia 24 tahun itu sempena perlawanan akhir menentang Fiorentina di Prague, 7 Jun ini.

"Saya melihat dia tidak akan sempat pulih. Dia belum berlatih lagi dan belum pulih,” katanya. 




“Dia masih menjalani pemulihan di Itali jadi saya tidak jangka akan berjumpa dengannya sebelum itu, tidak.

"Dia menjalani pembedahan kira-kira empat minggu lalu, jadi dia masih mempunyai beberapa minggu pemulihan lagi untuk kembali. Dia akan bersedia untuk permulaan pra-musim."

The Hammers bakal berdepan Leicester yang diancam penyingkiran pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok sambil menyedari kemenangan mampu menjulang kedudukan mereka ke tangga ke-12 untuk memintas Chelsea.
 

Advertisement

Must Watch Video