Ketua pasukan West Ham, Declan Rice, tidak pasti adakah dia menyarung jersi kelab London itu buat kali terakhir selepas membantu mereka menjulang Liga Persidangan Eropah UEFA (UECL) dengan mengatasi Fiorentina.
Pemain tengah England itu telah dikaitkan akan meninggalkan The Hammers pada musim panas ini.
Rice menjadi kapten ketiga kelab itu untuk sebaris dengan pencapaian Bobby Moore dan Billy Bonds dalam tempoh 128 tahun penubuhan mereka menerusi kemenangan 2-1 di Prague, awal pagi tadi.
Rice memberitahu BT Sport: “Ia bukannya masa untuk mengucapkan selamat tinggal.
"Ketika ini terdapat banyak spekulasi tentang masa depan saya.

“Memang ada minat daripada kelab lain di luar sana tetapi saya masih mempunyai baki kontrak dua tahun di West Ham (pilihan tambahan setahun lagi).
“Belum ada apa-apa sebarang tawaran konkrit lagi. Kita tunggu dan lihat, siapa tahu.
“Saya suka setiap minit di sini, anda boleh lihat senyuman di wajah saya.
"Ia bukan tentang malam ini semata-mata, ia tentang meraikan kejayaan dan itulah yang akan saya lakukan sekarang.”