Masa depan pengendali Udinese, Luigi Del Neri, terjawab apabila kontraknya dilanjutkan sehingga penghujung musim hadapan selepas berjaya mengelak pasukan daripada tersingkir ke Serie B, semalam.
Del Neri dilantik untuk mengemudi pasukan di Stadio Friuli pada Oktober selepas jurulatih sebelumnya, Beppe Iachini, hanya meraih dua kemenangan daripada tujuh perlawanan pada awal musim 2016-17.
Udinese memenangi 10 perlawanan dan lapan seri daripada 31 perlawanan liga, meletakkan Udinese di tangga ke-13, 13 mata melebihi pasukan tiga terbawah.
Jurulatih berusia 66 tahun itu kini akan mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim hadapan selepas menandatangani kontrak lanjutan itu.
"Saya gembira dengan keputusan yang dilakukan oleh pasukan,” kata Del Neri.
"Kami akan meningkatkan prestasi pasukan mengikut objektif yang telah ditetapkan dan berusaha mendapatkan keputusan yang lebih baik,” tambahnya.