Liverpool akan menggunakan khidmat Virgil van Dijk bagi aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid hujung minggu ini.
Pertahanan itu mengalami kecederaan sewaktu menewaskan Chelsea dalam final Piala FA awal bulan ini dan tidak dapat beraksi dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).
Liverpool memenangi kedua-dua perlawanan itu, bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Southampton 2-1 dan Wolves 3-1, walaupun dua kemenangan itu tidak dapat memberikan mereka gelaran EPL musim ini, yang dimenangi Manchester City.
Pada ketika harapan Liverpool untuk mememenangi empat gelaran musim ini telah terkubur, pasukan kendalian Jurgen itu berpotensi untuk memenangi gelaran ketiga musim ini apabila menghadapi Real Madrid dalam final UCL di Stade de France awal pagi Ahad ini dan ayam tambatan di bahagian pertahanan itu kini dapat diturunkan dalam perlawanan berkenaan.
Van Dijk berkata Liverpoolfc.com: Benar, saya berada dalam keadaan baik. Tiada sebaran isu dan sudah pasti saya amat teruja untuk perlawanan Sabtu ini (awal pagi Ahad ini)."
Ditanya sama ada tempoh rehat dua minggu itu membantunya untuk pulih sepenuhnya atau tidak, Van Dijk menambah: "Benar, saya fikir secara fizikalnya sudah tentu.
"Tubuh saya sememangnya menikmati sedikit waktu rehat selepas beraksi dalam banyak perlawanan, terlalu banyak momen getir, dan saya fikir mengalami sedikit kecederaan sewaktu final Piala FA merupakan petanda bahawa tubuh saya memerlukan rehat.
"Saya berasa amat baik sekarang dan tidak sabar untuk melalui, diharapkan, satu hari yang istimewa," katanya lagi.

? @AXA Training Centre
— Liverpool FC (@LFC) May 25, 2022
The countdown to Paris is on! #UCLfinal pic.twitter.com/lNh4vB4mFi