Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, mahu saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Europa (UEL) dihapuskan.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu berjaya mengakhiri musim di tangga kedua Serie A selepas merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Cagliari.
Napoli kini telah layak ke UCL dalam tempoh empat musim berturut-turut tetapi De Laurentiis berpandangan kejohanan kelab Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) itu perlu dihapuskan.
Sebaliknya, De Laurentiis telah mencadangkan format baru yang menyaksikan 80 pasukan bersaing merebut satu gelaran.
"UCL dan UEL perlu dihapuskan," kata De Laurentiis.
"UCL adalah saingan untuk segelintir manakala UEL hanyalah seperti hadiah sagu hati.
"Saya mahu kejohanan baru yang disertai 80 pasukan, tujuh pasukan teratas daripada liga Itali, Perancis, England, Jerman dan Sepanyol, dan empat terbaik daripada saingan liga lain.
"Saya mahu menamakan kejohanan ini Piala Eropah dan perlawanan akan dijadualkan pada Selasa, Rabu dan Khamis.
"UCL hanya menampilkan pasukan yang sama beraksi setiap musim. Kami hanya menikmati saingan tersebut dengan menyaksikan Manchester City, Tottenham, Barcelona atau Liverpool; bola sepak semakin membosankan."
Ancelotti dikritik oleh sebilangan penyokong Napoli selepas gagal memberikan cabaran kepada Juventus dalam saingan Serie A tetapi De Laurentiis gembira dengan bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) itu.
"Saya berpuas hati dengan usaha Ancelotti. Kehadiran Cristiano Ronaldo meningkatkan lagi kualiti Juventus, kami bersaing dengan salah satu kelab terbaik Eropah," katanya.