Ralf Rangnick memberikan pujian buat rakan sejawatannya di Atletico Madrid, Diego Simeone, menjelang kunjungan Manchester United ke laman lawan itu bagi perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok.
Rangnick, yang akan mengemudi pasukan buat kali ketiga dalam pusingan kalah mati UCL selepas membawa Schalke ke separuh akhir musim 2010-11, akan berkunjung ke Wanda Metropolitano selepas membawa The Red Devils menjuarai Kumpulan F.
Selepas memenangi LaLiga musim lalu, Atletico kelihatan bergelut dalam saingan domestik dan kini sedang bersaing dengan Barcelona untuk merebut kedudukan empat teratas.
Atletico juga tewas kesemua empat perlawanan terakhir menentang pasukan Inggeris dalam UCL tetapi Rangnick memuji pencapaian yang telah diraih jurulatih itu di Madrid sambil berkata United perlu menyaingi lawan itu daripada segi mental dan fizikal seandainya mahu melangkah lebih jauh.
"Dia telah memenangi banyak trofi dengan identiti yang jelas, dengan cara permainan tersendiri," kata Ragnick mengenai Simeone.
"Mereka sentiasa menjadi pasukan yang beremosi dan ini mencerminkan perwatakan pengurus mereka. Simeone mungkin antara pengurus beremosi terbaik di Eropah.
"Gaya dan cara pasukannya sentiasa berprestasi mencerminkan emosi yang dibawanya ke dalam pasukan ini. Kami perlu menyaingi tahap tenaga dan emosi mereka dalam kedua-dua perlawanan.
"Ia akan mejadi perlawnan yang fizikal, yang beremosi dan kami perlu kuat secara mental. Saya akan mencuba untuk mempersiapkan pasukan saya bagi cabaran itu," katanya.