Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Pemain simpanan watak penting musim ini -- Arteta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

martinelli-trossard.jpg
ATHLETIC CLUB 0 ARSENAL 2 

Mikel Arteta berkata pemain simpanan musim ini mungkin akan bahagian yang lebih penting daripada dalam kesebelasan utama dalam skuad Arsenal. 


Pengurus The Gunners itu mendedahkan konsep berkenaan diambil daripada ragbi.

Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard kedua-duanya mencetak gol -- dan saling mencipta peluang -- selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membimbing kemenangan 2-0 ketika berkunjung ke kelab Sepanyol, Athletic Club, dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi. 

Martinelli menempuhi tempoh sukar dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang menyaksikannya bergelut dengan prestasi dan posisinya dirampas muka baru, Eberechi Eze, di sayap kiri.



Trossard pula telah membuat tiga penampilan sebagai pemain gantian setakat ini pada 2025-26 selepas pemain Belgium itu beraksi 56 kali musim lalu.

Begitupun, Arteta menekankan kepentingan kesemua anggota skuadnya sambil berkata dia cenderung merujuk sebagai 'penyudah' dalam aspek ragbi.

Ditanya mengenai mentaliti pemain di bangku simpanan, dia berkata: "Mereka sama penting malah lebih penting. Kami telah membincangkannya.

“Kadangkala penyudah akan menjadi lebih penting musim ini berbanding pemain utama. 




"Kami boleh mengubah rentak permainan terutama menerusi keamatan yang kami terapkan dan aksi pemain mula menurun. 

"Saya sangat gembira melihatnya."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video