Bayern Munich akan turun tanpa penjaga gol, Manuel Neuer, bagi pertemuan dengan Inter dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.
Neuer tidak beraksi dalam tempoh lebih sebulan selepas dia mengalami kecederaan dalam kemenangan ke atas Bayer Leverkusen dalam pusingan 16.
Dan walaupun pemain berusia 39 tahun itu turun bertandang ke Milan, namun dia tidak akan beraksi dalam suku akhir kedua UCL tatkala Bayern perlu memadam defisit 1-2.
“Manuel Neuer tidak akan bermain kerana kecederaan tetapi akan pergi ke Milan bersama pasukan untuk memberikan sokongan,” kata Bayern dalam satu kenyataan.
Neuer merupakan salah satu daripada beberapa pemain utama Bayern yang dilanda kecederaan di samping pemain tengah menyerang, Jamal Musiala, dan pemain pertahanan, Alphonso Davies dan Hiroki Ito.
Pendahulu Bayern itu akan menentang sama ada Barcelona atau Borussia Dortmund dalam separuh akhir.