MAN UTD 0 BAYERN 1
Erik ten Hag memberitahu pemain Manchester United agar memastikan mereka kembali ke kancah Liga Juara-Juara (UCL) musim depan selepas kempen Eropah mereka berakhir apabila tersingkir awal di tangan Bayern Munich, awal pagi tadi.
Gol Kingsley Coman pada minit ke-70 yang diilhamkan oleh Harry Kane memberikan kelab Jerman itu kemenangan 1-0, sekali gus meletakkan United di tangga terbawah Kumpulan A dengan FC Copenhagen menguasai tempat kedua sementara Galatasaray ke Liga Europa.
Mereka disambut dengan ejekan sejurus wisel penamat untuk kekalahan ketujuh United di Old Trafford musim ini selain rekod 12 kekalahan mengatasi 11 kemenangan.
Barisan yang dikemudi Ten Hag secara tidak langsung telah tersingkir daripada saingan Eropah, Piala Liga Inggeris dan berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang kunjungan ke laman pendahulu, Liverpool, hujung minggu ini.
Kekalahan itu juga menyaksikan Harry Maguire dan Luke Shaw mengalami kecederaan sebelum rehat.
“Masih banyak perkara yang perlu harungi ketika ini, kami masih perlu memberi tumpuan kepada EPL,” katanya.
“Ini adalah tahap yang kami mahu bermain iaitu UCL, jadi kami perlu memberikan segala kudrat untuk layak pada tahun depan dan sudah tentu ada perjuangan Piala FA masih ada. Banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi.”

Final standings ?#UCL pic.twitter.com/MedgHSSx1g
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 12, 2023