Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Manchester City sedar Bayern Munich mampu ubah situasi

guardiola.jpg
Pep Guardiola percaya Manchester City berdepan ujian berat ketika berdepan ketenangan Bayern Munich.

Walaupun City bakal turun dengan bekalan 3-0 daripada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu, Guardiola percaya akan berdepan Bayern yang tetap beryakinan untuk mengubah situasi. 

City pernah mensia-siakan bekalan selesa termasuk kekecewaan separuh akhir musim lalu apabila tumbang 3-5 kepada Real Madrid dalam masa kecederaan.

Ditanya adakah dia lebih yakin berbanding sebelum ini berdasarkan kemampuan anak buahnya dalam melaksanakan tugas musim ini, Guardiola -- yang mengintai kemenangan ke-100 kancah ini --  berkata: "Saya ingin mengatakan ya tetapi saya tidak tahu. 


 


"Setiap perlawanan adalah berbeza sama sekali.

"Saya tidak berpesan kepada mereka supaya berhati-hati dengan Bayern Munich, betapa sukarnya mereka. 

"Mereka tidak mengambil mudah kerana berasakan bahangnya, mereka sedar betapa bagusnya Bayern.

"Pihak lawan mempunyai banyak muslihat dan itulah sebabnya anda perlu menjadi diri sendiri. Apa yang anda perlu lakukan untuk mencapainya? Jadilah diri sendiri sebaik mungkin."

Guardiola juga mengesahkan Phil Foden akan menjadi pemain gantian sekembalinya daripada pembedahan apendiks. 

Advertisement

Must Watch Video