Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Madrid sedia turunkan Benzema gempur PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

karim-benzema.jpg
Karim Benzema sudah mula berlatih dengan Real Madrid dan mungkin akan melakukan penampilan dramatik ketika menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Rabu ini.

Pemain kebangsaan Perancis itu, yang merupakan salah seorang kapten Madrid, tidak pernah beraksi sejak mengalami kecederaan paha ketika menentang Elche pada 23 Januari lalu.

Bagaimanapun, dia kini tersenarai selaku 26 pemain yang dinamakan Carlo Ancelotti bagi perlawanan pertama pusingan 16 UCL di Paris.

Setakat hari ini, Benzema telah menjaringkan 24 gol bagi musim 2021-22 dan tanpa kehadirannya, Madrid kelihatan tumpul di jentera serangan.

Pasukan itu hanya dapat menjaringkan satu gol daripada tiga perlawanan terakhir sejak Benzema mengalami kecederaan dan yang terbaru, mereka terikat 0-0 dengan Sevilla dalam perlawanan LaLiga, Sabtu lalu.

Gareth Bale dipilih sebagai pengganti Benzema dalam perlawanan itu dan walaupun bermula perlahan, pemain Wales itu kemudian meningkatkan permainannya untuk merekodkan enam percubaan dan tiga daripadanya diselamatkan penjaga gol, Geronimo Rulli.
 
Dengan Benzema, 34, sudah mula berlatih dengan rakan sepasukannya, Ancelotti kini akan memantau dengan rapi tahap kecergasan pemain itu menjelang pertembungan dua pasukan gergasi berkenaan di Parc des Princes.

Ketua jurulatih Madrid itu berkata: "Kami mempunyai perasaan yang baik.

"Perkara paling utama adalah kesihatan permain. Jika terdapat risiko, kami tidak akan mengambilnya.

"Kami perlu menilai tetapi jika dia bermain pada Selasa (awal pagi Rabu) ini, ia kerana sudah tiada risiko," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video