Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Liverpool ke suku akhir walaupun tewas kepada Inter di Anfield

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurgen-klopp.jpg
LIVERPOOL 0 INTER MILAN 1
(Liverpool ke suku akhir dengan agregat 2-1)

Liverpool mara ke suku akhir Liga Juara-Juara  Eropah (UCL) dengan kelebihan agregat 2-1 selepas tewas 0-1 kepada 10 pemain Inter dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Anfield awal pagi tadi.

Gol lewat permainan daripada Roberto Firmino dan Mohamed Salah dalam perlawanan pertama di San Siro bulan lalu jelas membantu The Reds meneruskan kemaraan.

Pasukan tuan rumah itu pada awalnya lebih banyak memberikan ancaman menerusi percubaan Joel Matip dan Salah yang menggegarkan tiang gol lawan sebelum Lautaro Martinez menjaringkan gol gemilang buat  Inter selepas sejam perlawanan.

Kebangkitan yang cuba dilakar pasukan pelawat itu kemudian terencat hanya berselang 107 saat apabila Alexis Sanchez dibuang padang gara-gara layangan kad kuning kedua.

Liverpool kemudian kembali memperoleh peluang berharga pada lewat permainan tetapi percubaan Salah sekali lagi menemui palang gol.
 

Advertisement

Must Watch Video