UCL
UCL: Liga Petani? PSG singkir empat kelab EPL
Luis Enrique berseloroh mengenai status Ligue 1 yang dilabel Liga Petani yang kononnya kurang kompetitif dengan membawa Paris Saint-Germain (PSG) ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (ACL) menerusi kemenangan agregat 3-1 ke atas Arsenal, awal pagi tadi.
Kemenangan itu secara tidak langsung menyingkirkan kesemua wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjadikan Manchester City, Liverpool dan Aston Villa sebagai mangsa pada musim ini.
"Kami adalah Liga Petani bukan?" katanya yang mengintai kejuaraan 'treble' musim ini kepada TNT Sports.
Iklan
"Tetapi ia bagus. Kami menikmati keputusan ini dan pujian semua orang yang bercakap tentang pasukan kami, mentaliti kami dan cara kami bermain. Ia bagus.
"Mikel Arteta adalah seorang rakan yang hebat tetapi saya tidak bersetuju sama sekali bahawa Arsenal berhak untuk menang. Mereka bermain dengan cara yang mereka mahu dan suka bermain tetapi dalam dua pertemuan ini, kami menjaringkan lebih banyak gol daripada mereka dan itu adalah perkara yang paling penting.
“Arsenal memberikan satu persembahan yang hebat dan kami banyak menderita, namun kami layak ke final.
"Bagaimana anda akan memenangi UCL tanpa penjaga gol yang hebat? Hari ini, prestasi Gianluigi Donnarumma adalah luar biasa kerana dia berada dalam setiap pusingan kelayakan, misalnya menentang Liverpool.
"Bagaimana anda akan memenangi UCL tanpa pertahanan yang baik? Mereka luar biasa hari ini."
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) May 7, 2025"Titik tolak kami mungkin adalah perlawanan menentang Manchester City, iaitu kami tewas 0-2," kata Luis Enrique.
"Tetapi dalam statistik peringkat kumpulan, kami adalah antara yang terbaik di Eropah. Kami adalah finalis yang adil.
"Ini amat bermakna. Semua orang bermimpi untuk ke final UCL dan matlamat pertama kami apabila kami tiba di Paris adalah untuk mencipta sejarah, jadi kami berada di laluan yang tepat."
Must-Watch Video