UCL

UCL: Lamine Yamal bintang dalam kesuraman Barcelona

Stadium Astro
Syifa Nasir
14/12/2023
03:57 MYT
Sponsor Banner
UCL: Lamine Yamal bintang dalam kesuraman Barcelona
ANTWERP 3 BARCELONA 2
Prestasi Barcelona semakin merundum apabila mereka menamatkan kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) dengan kekalahan 2-3 menentang Royal Antwerp awal pagi tadi.
Keputusan itu jelas beri tekanan kepada pengurus Barca, Xavi Hernandez kerana tewas ke atas pasukan terendah dalam Kumpulan H.
Tetapi, disebalik kekalahan itu, pemain sayap kanan Lamine Yamal berjaya mencuri tumpuan dalam perlawanan di Bosuilstadion, Belgium apabila dia menjadi arkitek kepada jaringan pertama Ferran Torres pada minit ke - 35.
Pemain berusia 16 tahun itu kini merupakan pemain termuda yang memberikan bantuan dalam perlawanan. Rekod itu yang sebelum ini dipegang oleh bekas pemain remaja Barcelona, Bojan Krkic.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video