Luis Enrique berkata keupayaan Paris Saint-Germain (PSG) untuk mengawal penguasaan bola akan menjadi kunci kepada perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool di Anfield, awal pagi esok.
PSG ketinggalan 0-1 menuju ke pertembungan timbal balik itu dan meskipun mendominasi perlawanan pertama, Harvey Elliott muncul wira dengan gol kemenangan pada minit ke-87.
Tetapi segala harapan pelawat belum pudar. Mereka berjaya mara melangkaui dua daripada lima perlawanan peringkat kalah mati UCL sebelum ini selepas tewas dalam perlawanan pertama, yang menyaksikan mereka menewaskan Borussia Dortmund secara agregat 3-2 pada 2019-20 dan Barcelona dalam suku akhir 2023-24 (6-4).
"Perlawanan ini akan lebih seimbang. Saya optimis dengan apa yang pasukan saya boleh lakukan," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu kepada pemberita.
“Sudah tentu, kami perlu bertahan bersama dan menyerang bersama, menguasai bola sebanyak mungkin dan kemudian kami akan dapat mencipta peluang.
"Objektif kami adalah jelas, ia adalah untuk mencuba dan menjadi lebih baik daripada lawan kami terutama di tempat lawan. Sukar untuk bermain di laman lawan tetapi anda cuba mengawal keadaan.
"Kami tahu apa yang kami lakukan dengan baik dan apa yang perlu kami perbaiki.
"Kami sasar untuk mengekalkan bola, itulah asas kami dan dari situ kami akan melihat bagaimana permainan berkembang."

Luis Enrique : « Faire le maximum pour inverser la tendance » ?#LIVPSG | #UCL
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) March 10, 2025