Sergio Oliveira menjaringkan dua gol untuk membantu Porto, yang beraksi dengan 10 pemain, menyingkirkan Juventus daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) mernerusi peraturan gol di laman lawan biarpun tewas 2-3 di Turin awal pagi tadi.
Juventus perlu menterbalikkan defisit selepas ketinggalan 1-2 dalam perlawanan pertama tetapi mereka dihukum apabila Oliveira memberikan Porto pendahuluan pada minit ke-19.
Tetapi Federico Chiesa kemudian menjaringkan dua gol yang mengapit insiden kad merah penyerang Porto, Mehdi Taremi, untuk membawa perlawanan kedua pusingan 16 itu ke masa tambahan.
Oliveira kemudian menghasilkan gol keduanya pada lima minit terakhir masa tambahan dan Adrien Rabiot sempat menyamakan kedudukan agregat buat Juve di penghujung saingan.
Bagaimanapun, Porto muncul sebagai pasukan yang meraikan kejayaan ke suku akhir berikutan kelebihan gol di tempat lawan manakala Juve pula gagal menamatkan kemarau gelaran di peringkat Eropah sejak 1996, sekali gus meningkatkan tekanan buat ketua jurulatih mereka, Andrea Pirlo.

2003-04 - FC Porto have progressed in a Champions League knockout tie after winning the first leg for the first time since the 2003-04 quarter-final vs Lyon. Survival.
— OptaJoe (@OptaJoe) March 9, 2021