REAL MADRID 1 MAN CITY 1
Jack Grealish yakin untuk mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) selepas Manchester City bangkit untuk meraih keputusan seri dalam perlawanan separuh akhir pertama menentang Real Madrid, sebentar tadi.
Kevin De Bruyne meledak gol penyamaan menerusi satu rembatan deras di Bernabeu ketika City bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 bagi memadam jaringan pembukaan menarik yang dihasilkan Vinicius Junior.
Keputusan itu menjadikan kedudukan seimbang menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Etihad, minggu depan.
City berusaha membalas dendam atas kekalahan mereka kepada Real di peringkat yang sama musim lalu dan Grealish berasakan rekod mereka di laman sendiri akan menjadi titik tolak kepada kemaraan mereka ke final.
Pemain tengah England itu memberitahu BT Sport: “Kami mempunyai muka baru musim ini, pemain berbeza.
“Banyak yang kami pelajari sejak tahun lalu. Kami kini mempunyai keseimbangan menerusi pengalaman yang sempurna dan beberapa pemain muda yang hanya bertaraf dunia.
“Saya fikir kami mempunyai kualiti dan saya tidak pernah berasa begitu yakin untuk turun ke padang dan mempunyai kelompok pemain seperti ini di sekeliling saya.
“Di Etihad, kami berasa seperti tidak dapat dikekang di kandang sendiri.
"Kami datang ke mari untuk cuba mencatat kemenangan tetapi ia juga membuktikan karakter kami apabila ketinggalan dengan satu gol -– sentiasa sukar untuk berakksi di gelanggang seperti ini.
“Saya fikir akhirnya ia adalah satu keputusan yang adil. Mereka mempunyai peluang tersendiri, kami juga mempunyai beberapa peluang.”

What a game in Madrid ?#UCL pic.twitter.com/qnO04DfQ8k
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 9, 2023