UCL
UCL: Inter perlu rantai Lamine Yamal
Alessandro Bastoni dan Simone Inzaghi percaya dengan merantai pemain Barcelona, Lamine Yamal, dalam pertemuan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) cukup getir buat Inter pada awal pagi esok.
Yamal merupakan tunjang kepada barisan Hansi Flick itu dalam perlawanan pertama, dia menjaringkan gol solo yang memukau ketika Barcelona bangkit untuk seri 3-3 di Estadi Olimpic Lluis Companys minggu lalu.
Malah, pemain Sepanyol itu muncul pemain remaja kedua yang menyumbat gol di setiap peringkat kalah mati dalam semusim selepas Kylian Mbappe bersama Monaco pada 2016-17.
Iklan
Lantaran itu, Bastoni, yang berdepan Yamal dalam EURO 2024 tahun lalu meluahkan kekagumannya terhadap perkembangan pesat pemain berusia 17 tahun tersebut.
“Saya pernah berdepan dengannya ketika menentang Sepanyol dan dia ketika itu belum lagi berada di tahap ini,” kata Bastoni dalam sidang media malam tadi.
17 - At 17 years and 291 days, Lamine Yamal is the youngest player to score in a @ChampionsLeague semi-final, surpassing Kylian Mbappé in 2017 (18 years and 140 days).Leader. pic.twitter.com/TOR97CXBx3— OptaJose (@OptaJose) April 30, 2025
"Saya kagum dengan tahap yang dia capai berdasarkan usia dan keupayaannya mencipta perkara yang luar biasa di atas padang. Saya rasa dia antara yang terbaik di dunia sekarang.
"Kami perlu menggandakan usaha, mungkin tiga kali ganda memandangkan kelincahannya dalam pertemuan pertama tetapi tidak perlu tanpa keterlaluan, maka kami akan mencipta terlalu banyak ruang.
"Barcelona bukan hanya Yamal."
Must-Watch Video